BAHAN BAHAN
• 18 keping biskut kraker (3 lapis)
• 1 cawan susu cair
• 6 biji telur
UNTUK LAPISAN
DAGING/INTI
• 200 gm daging kisar
• 3 labu bawang
besar- dicincang halus
• 1 paket kecil
serbuk kari daging
• 2 labu bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 2 biji ubi kentang
– potong dadu
• 2 sudu cili kisar
• daun bawang daun
sup dicincang
• 3 sudu besar minyak
masak
• garam secukup rasa
• sedikit gula
CARA MASAK INTI:
1. Tumbuk bawang
putih dan campurkan rempah kari dan cili kisar.
2. Panaskan minyak
dan tumis pes tadi sehingga garing dan naik baunya.
3. Masukkan bawang
besar dan kentang yg dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.
4. Tambahkan 1/4
cawan air dan masak sehingga daging dan kentang empuk.
5. Masukkan garam,
gula, daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
CARA BUAT LAPISAN
KRAKER
1. Oleskan dulang
pembakar dengar mentega.
2. Rendamkan biskut
kraker dalam campuran susu dlm 1 minit je.
3. Susun biskut
kraker yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
4. Lapiskan dengan
lapisan daging/inti tadi.
5. Pukul ringan telur
dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun
sup/daun bawang.
6. Susun lagi kraker
atas lapisan daging dan telur tadi.
7. Ulangi proses
lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
8. Akhir sekali,
tuangkan baki susu dan telur sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar
180C.
No comments:
Post a Comment