Acar
adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang
dijeruk. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu
hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat
seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi
hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani.
Disebabkan
terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan
meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera
kaum masing-masing.
RESEPI ACAR
UDANG
500 ml
minyak masak
2 kg
udang, dibersihkan
2 biji
timun
5 biji
bawang besar, dihiris lapan
5 biji
cili merah, dibelah dua
5 biji
cili hijau, dibelah dua
5 biji
bawang kecil, dibelah empat
Sedikit
garam dan gula
4 camca
teh gula
BAHAN-BAHAN DIKISAR:
250 gm
buah keras
10 ulas
bawang putih
20 biji
bawang merah
2 cm halia
PROSES PENYEDIAAN
1. Panaskan
minyak dan tumis buah keras bersama bawang putih, bawang merah dan halia hingga
garing.
2. Masukkan
udang bersama timun, bawang besar, cili merah, cili hijau dan bawang kecil.
Biar hingga setengah masak.
3. Akhir
sekali masukkan gula bersama cuka dan garam. Kacau sebati hingga udang masak.
No comments:
Post a Comment