Asam Pedas
ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut
sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular
di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan
tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain
di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan.
Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.
Kebiasaannya
bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan
parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah,
bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan
lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau
daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan
RESEPI ASAM
PEDAS UDANG
500 gram
udang
1 biji
terung dayak (terung asam )
3-5 biji
cili merah
1 labu
bawang besar
1 cm
belacan 3 ulas bawang putih
3 biji
bawang merah
1 batang
serai
1 cm
kunyit
garam dan
serbuk perasa
PROSES PENYEDIAAN
1. Cili
merah,bawang putih,bawang merah, kunyit dan belacan ditumbuk halus.
2. Terung dan
bawang besar dipotong nipis-nipis. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi
dan masukkan terung asam, 500 ml air dan serai, masak sampai mendidih, kemudian
masukkan udang dan bawang besar.
No comments:
Post a Comment