Monday, December 25, 2017

RESEPI SAMBAL TOTOK

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL TOTOK
BAHAN BAHAN
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula

PROSES MASAK
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.

Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.

Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

No comments:

Post a Comment