Tuesday, December 26, 2017

RESEPI KARI UDANG DAN KENTANG

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

RESEPI KARI UDANG DAN KENTANG
BAHAN BAHAN
600 gm udang yang sederhana besarnya
4 biji ubi kentang ] dibelah empat
2 labu bawang besar ]
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 sm halia
2.5 sm kunyit
½ cawan ketumbar digiling lumat
1 sudu teh jintan putih
4 biji cili kering
1 sudu teh lada sulah         
2 senduk minyak kelapa
1 gelas santan kelapa
½ cawan air asam jawa
Gula, garam dan ajinomoto secukupnya

BAHAN-BAHAN PENUMIS:
2 kuntum bunga cengkih ]
2 biji buah pelaga ] digiling
2 kuntum bunga pekkak ]
2 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai daun kari

PROSES PENYEDIAAN
1. Udang dibersihkan. 

2. Pijarkan minyak kelapa di dalam periuk dan tumiskan bawang putih. 

3. Setelah berbau, masukkan pula bahan-bahan penumis yang lain. Setelah garing masukkan daun kari dan rempah-rempah yang telah digiling lumat.


4. Kacau-kacau hingga garing. Setelah itu masukkan santan, air asam jawa, gula, garam dan ajinomoto. Kacau lagi, setelah mendidih dan agak pekat masukkan pula udang, bawang besar dan kentang. 

5. Bila semuanya sudah empuk, pekat dan berminyak-minyak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment