Kukus atau stim ialah istilah teknikal untuk fasa gas bagi air yang terbentuk apabila air mendidih. Secara teknikal, dalam sebutan kimia dan fizik, kukus adalah halimunan dan tidak boleh dilihat; walau bagaimanapun, dalam bahasa seharian kata ini kerap digunakan untuk merujuk kabus atau aerosol titisan air yang terbentuk kerana wap air ini memeluwap pada kehadiran udara (lebih sejuk). Pada tekanan lebih rendah, seperti di atmosfera atas atau di puncak pergunungan tinggi, air mendidih pada suhu lebih rendah daripada 100 °C (212 °F) nominal pada suhu dan tekanan piawai. Jika dipanaskan dengan lanjut, air menjadi kukus superpanas.
RESEPI IKAN LAUSU KUKUS TOMYAM
1 ekor ikan siakap (ikut suka)
4 kiub tomyam knorr (tambah jika perlu)
2 biji limau nipis - diambil jusnya
daun ketumbar - dihiris nipis.
garam dan gula secukup rasa
BAHAN REMPAH:
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 kuntum bunga kantan
4 batang serai
10 biji cili padi
PROSES PENYEDIAAN
ikan dibersihkan dan ditoskan air.ikan diletakkan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.
gaulkan bahan rempah yang dihiris halus bersama kiub tomyam dan campurkan jus limau nipis. tambahkan garam dan gula secukup rasa
tuangkan bahan rempah yang telah siap tadi keatas ikan.taburkan daun ketumbar.
kukuskan ikan tersebut sehingga masak.
No comments:
Post a Comment