Asam
Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor.
Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan
popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu
rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga
kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas
yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi
masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.
Kebiasaannya bahan-bahan yang
mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri,
ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan,
halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai,
daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut.
Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.
- Batang keladi - dibersihkan dan celur ( Kite beli yang dah siap siang....)
- sedikit jus asam jawa
- 5 sudu besar lada kering kisar2 batang serai - diketuk
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Daun kesom
BAHAN DITUMBUK HALUS
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
PROSES PENYEDIAAN
- Tumiskan serai serta bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau dan masukkan cili kering kisar. Biar hingga garing dan masukkan air secukupnya.
- Biar hingga mendidih, masukkan batang keladi serta air asam jawa. Tambahkan garam secukup rasa. Jangan masak terlalu lama sebab batang keladi tu dah dicelurkan..
No comments:
Post a Comment