Tuesday, April 03, 2018

RESEPI POPIA KACANG

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng.

Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

RESEPI POPIA KACANG
BAHAN-BAHAN
20 helai kulit popia
50 gm kacang tanah ~ sangai, buang kulit & blend halus
60 gm gula aising
1/4 sudu teh garam
1 kuning telur (saya ganti putih telur)
Minyak untuk menggoreng

PROSES PENYEDIAAN
Ambil sehelai kulit popia dan gulung dengan kemas. 'Gam' menggunakan putih telur.

Potong gulungan kulit popia secara serong. Ulang proses sehingga kulit popia habis. Ketepikan.

Dalam sebuah bekas, satukan kisaran kacang tanah, garam dan gula aising. Gaul rata.Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, goreng kulit popia yang telah dipotong tadi hingga kekuningan.

Angkat dan toskan. Lumurkan gorengan kulit popia ke dalam kacang tanah. Ulang proses hingga semua kulit popia disaluti.

Sedia untuk dinikmati.

No comments:

Post a Comment