Wednesday, April 04, 2018

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Daging lembu (Bahasa Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.
Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.


RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

BAHAN-BAHAN
300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar (dipotong)
3 ulas bawang putih (dipecahkan)
4 hingga 6 ulas cili padi (diketuk )
2 hingga 3 sudu besar sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan
1 biji buah tomato (dipotong 6)
Cili merah atau cili hijau
Daun ketumbar (dihiris)
Minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Daging dibersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.

Hiris daging tadi kemudian ketepikan.

Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.

Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap sahaja.

Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.

Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.

Kacau seketika dan tutup api.Siap!


No comments:

Post a Comment