Roti
merupakan satu kumpulan makanan ruji yang diperbuat daripada doh tepung dan air
yang disediakan selalunya melalui pembakaran. Sepanjang zaman, roti seringkali
menjadi makanan yang popular di seluruh dunia dan juga merupakan makanan
manusia yang paling lama dan penting semenjak wujudnya pertanian.
Bergantung kepada adat tempatan
dan kemudahan, roti boleh dihidangkan melalui beberapa bentuk pada bila-bila
masa untuk makan. Roti juga dimakan sebagai makanan ringan, atau sebagai bahan
dalam persiapan kulinari yang lain, seperti makanan bergoreng yang disaluti
serbuk roti untuk mengelakkan lekitan atau rasa hambar komponen utama agar
roti, ataupun bahan isian direka untuk mengisi kaviti atau mengekalkan jus yang
mungkin mengalir keluar.
RESEPI
ROTI GOLOK
BAHAN-BAHAN
yis 11gram
tepung gandum cap rose 500gram
1sdk garam
gula 75 gram
susu tpg 75 gram
k.fine 10gram@pelembut roti 5gram
butter 75gram
telo 1bji
air 220ml
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan semua dlm breadmaker bgi die uli sampai doh elastik..nak
uli pakai tangan pon xpa.uli sampai doh berkilat,
Rehatkan sampai doh naik 2xganda.tumbuk tumbuk untuk buang angin
dan bahagikan doh kepada 100gram...uli, canaikan. rehatkan biar naik skali ganda.
Sebelum bakar sapukan susu cair sedikit atas roti dan
bakar.temp 180 20 minit. Masak siap untuk dinikmati
No comments:
Post a Comment