Tempoyak dibuat daripada isi buah
durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit
garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk
proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi
selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak
ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang
dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak
tempoyak sangat terkenal. Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di
Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
RESEPI
SAMBAL TUMIS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN
Petai 4 papan -
buangkan kulit dan goreng sekejap
Ikan Bilis - agak2 dalam 1 mangkuk sederhana -
digoreng, jangan garing sangat
Tempoyak 5-6 sudu besar
Cili merah - 10 biji (boleh juga guna cili kering,
kalau cili kering
Bawang besar - 2 labu, kalau nak lebih pun boleh
(dihiris)
Sedikit air
Gula pasir secukup rasa
Garam dan serbuk perasa.
Minyak untuk menumis 2 senduk
BAHAN KISAR
Cili padi - segenggam
Bawang merah 6 ulas
Bawang putih 5 ulas
Kunyit hidup 1 inci
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumis bahan kisar, masak anggaran 5 minit (kacau
jangan bagi hangit), masukkan bawang besar, masukkan ikan bilis dan tempoyak.
Masukkan air anggaran 1 cawan. Renihkan dengan api perlahan.
Perasakan dengan gula dan garam. Kalau pedas sangat.. masukkan
lebih gula. Masak hingga pekat, sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment