RESEPI
ASAM PEDAS MELAKA IKAN PARANG
BAHAN-BAHAN
4 ketul ikan Parang (dibasuh bersih)
4 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
Daun kesum
2 bungan kantan.1 dihiris halus
4- 6 daun limau purut
Bendi
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Minyak utk menumis
BAHAN KISAR
12 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
2 cm kunyit hidup
1 mangkuk cili kering kisar
1 sudu mkn belacan bakar melaka
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
Masukkan bahan bahan kisar tadi dan serai dan tumis
hingga garing dan pecah minyak.
Dah garing, masukkan gula. masukkan daun kesum, daun
limau purut n bunga kantan. kacau selalu
Masukkan air asam jawa.... banyaknye asam jawa tu bergantung
kesukaan kita ..nak buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap..me
buat kuah pekat2 sikit.
Masukkan ikan, kacau2 sikit, masukkan bendi. perasakan
dengan garam dan biar dia mendidih. siap
No comments:
Post a Comment