Sunday, April 01, 2018

RESEPI AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
BAHAN-BAHAN
  • 1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 2 batang serai | titik
  • 5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
  • 1 kuntum bunga kantan | jika suka
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
  • Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam. Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  • Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana. Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
  • Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.


No comments:

Post a Comment