Sunday, April 01, 2018

RESEPI SAMBAL HATI


Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL HATI

BAHAN-BAHAN
1 kilo hati lembu
20 biji cili kecil
5 biji bwg putih
1 inci halia
3 ulas bwg kecil
1 sudu cili kering kisar
1 sudu serbuk kari daging
1 sudu serbuk kunyit
Asam keping
1 batang serai
1/2 cawan air
1/2 kilo kacang buncis
1 biji bawang besar
Minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Kisar cili kecil, halia, bwg merah dan bawang putih.

Panaskan minyak tumis bahan kisar + cili kering kisar hingga pecah minyak.

Masukkan serai dan asam keping. Tumis lagi hingga sebati.

Masukkn hati. Gaul hati dgn bahan2 sambal. (Masukkn air jika tumisan kering). Masakkan hingga hati kecut dan 1/2 masak.

Masukkan kacang buncis. Gaul sebati dan masakkan hati dan kacang hingga masak sepenuhnya.

Tambah bwg besar potong, gaul sebati hingga agak kering. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment