Monday, April 02, 2018

RESEPI SUSHI GULUNG


Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg beras jepun
Cuka (untuk sushi)
3 biji telur
1 batang timun
Lettuce
Udang
5 helai seaweed
Mayonis
Bamboo mat
Note: isi dalam boleh diganti dengan tuna, ikan salmon dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing.

PROSES PENYEDIAAN
Masak beras jepun seperti masak nasi biasa.

Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. Kacau nasi dengan cuka rata, biarkan nasi sejuk.

Udang direbus dan dibuang kulitnya. Telur dipukul sekejap dengan sudu dan goreng dengan sedikit minyak. Bila dah masak, potong telur panjang-panjang.

Buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. Potong memanjang. Lettuce dibersih dan potong besar-besar(sehelai lettuce potong dua.)

Ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. Senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut.

Kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. Diikuti telur, timun, dan udang. Akhir sekali masukkan mayonis. Gulung makizushi tersebut padat-padat.

Potong makizushi seperti gambar di atas. Siap utk dihidang.

No comments:

Post a Comment