Monday, April 02, 2018

RESEPI NASI HUJAN PANAS


Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.
BAHAN-BAHAN
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3cm halia*
  • * hiris halus
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit kayu manis
  • sedikit buah gajus
  • sedikit kismis
  • 3 cawan beras basmathi(cuci bersih)
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
  • 4 cawan air (bergantung pada beras juga.. kalau beras jenis lembik..kurangkan air)
  • 2 sudu besar orange sunquick (baca nota)
  • sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi di atas dapur...
  • Tumis bawang putih, bawang besar  dan halia.
  • Masukkan rempah rempah  tadi, bunga cengkih, bunga lawing,  buah pelaga dan kulit kayu manis
  • Bila dah garing,masukkan gajus  dan kismis .bubuh garam secukup rasa. Masukkan oren sunquick. Kemudian masukkan susu dan  air. Kacau rata.
  • Bila dah mendidih, masukkan beras. Angkat periuk nasi dan masak atas periuk elektrik seperti biasa... gaul2 tau beberapa min. sebab nak pastikan nasi masak sekata...
  • Bila dah hampir kering, titiskan pewarna kesukaan anda..

No comments:

Post a Comment