Wednesday, April 04, 2018

RESEPI KERABU MANGGA MUDA BELACAN CILI

Mangga ataupun Pauh merupakan satu genus Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.


RESEPI KERABU MANGGA MUDA BELACAN CILI

BAHAN-BAHAN
5 biji mangga telur
1 biji bawang merah | dihiris
4 sudu makan gula perang
2 sudu makan madu
1 sudu makan sos ikan
¼ keping belacan
Kacang tanah |sangai dan tumbuk kasar
3 biji cili padi |Ketuk
2  sudu Cili flakes (cili kering kisar kering)
Udang kering secukupnya |cuci dan toskan

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan mangga dan potong mengikut kesukaan cuci dan tos kering.

Satukan semua bahan-bahan diatas dan masukkan mangga. Gaul rata

Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment