Monday, April 02, 2018

RESEPI PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA


Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan Talapia | lebih kurang 300gm
  • 5 sudu makan tempoyak
  • Daun & aluminium foil secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR
  • 3 ulas bawang merah3
  • 3cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi

BAHAN HIRISAN
  • 2 helai daun kunyit
  • 6 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
  • 1 papan petai | buang kulit

PROSES PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan Talapia kemudian toskan.
  • Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan bahan hirisan. Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan jika terlalu masam tambahkan sedikit gula.
  • Masukkan bahan campuran dalam perut ikan dan salut badannya dengan bahan campuran tempoyak tadi.
  • Balut dengan daun pisang dan kemaskan balutan dengan aluminium foil.
  • Bakar dalam ketuhar atau pemanggang ajaib

No comments:

Post a Comment