Gulai
ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan
ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai
dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan.
Gulai
berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya
di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang
Minangkabau.
Kini terdapat beberapa variasi
masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh
di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut
menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh
daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing
yang tidak tahan pedas.
RESEPI
GULAI IKAN SEMBILANG
BAHAN BAHAN
ikan sembilang (cuci ng asam limau)
Rempah ikan
Bawang merah/putih
Daun kari
Kacang benda
Santan
Air asam@asam keping
Halba CAMPOR
Garam
PROSES PENYEDIAAN
tumis bawang merah/putih...halba campur dan daun kari.
masukan rempah..kacau kacau...baru masukan air...biar dh naik
bau...baru masukan ikan bersama santan cair
Siap
No comments:
Post a Comment