Buah Tarap berbentuk bulat sehingga ke
bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13
cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. kulit
buah Tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut.
Namun apabila matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan
jatuh ke bawah seperti buah lain apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika
buah ini telah benar-benar masak ranum dan mula menampakkan kesan busuknya,
buah tersebut akan jatuh juga
RESEPI BUAH TARAP MASAK LEMAK@LAMAK
2 biji tarap yang mangkal. - belum
masak sangat.
Tiram sebagai sapak. Boleh letak ikan
masin, atau ikan hidup.
Bawang merah 3 biji
bawang putih 2 ulas
Cili padi 3 tangkai
Belacan secukup rasa
Garam
Gula
Santan
PROSES PENYEDIAAN
Rebus tarap dengan air hingga lembut.
Buang airnya.
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk.
Cili padi dipotong kecil kecil. Kalau nak ditumbuk sekali pun boleh tapi nanti
pedas. Biar potong supaya waktu makan boleh nampak dan tidaklah nanti tergigit
cili padi itu.
Isi tarap yang sudah di rebus tadi
masukkan dalam periuk atau guna saja periuk sama yang diguna untuk merebus
tadi, masukkan santan sehingga menutupi semua isi tarap tadi. Kemudian masukkan
bahan yang ditumbuk tadi, cili, belacan, garam dan gula secukupr rasa. Masukkan
tiram juga. Lepas itu rebus sehingga mendidih. Kalau nak kuah pekat sikit masak
lama sikit.
Siap. Hidang panas bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment