Wednesday, April 04, 2018

RESEPI ROTI PURI

Puri (poori, boori, Kannada (pūri), Punjabi  (pūḍī), Hindi pūrī, Nepali (puri), Templat:Lang-as, Urdu: (puri), Telugu: (pūri), Tamil: (pūri), Malayalam, Oriya (luchi/puri)), ialah roti India digoreng tidak beragi, biasanya dimakan di subbenua India. Ia dimakan sebagai sarapan atau sebagai snek atau makanan ringan. Ia biasanya dihidangkan dengan kari atau bhaji, seperti dalam Puri bhaji.

Puri paling biasa dihidangkan semasa sarapan. Ia juga dihidangkan pada majlis-majlis khas atau upacara sebagai sebahagian daripada ritual upacara bersama-sama dengan lain-lain makanan vegetarian yang ditawarkan dalam doa sebagai prasadam. Nama puri diserap daripada perkataan bahasa Sanskrit  (pūrikā), daripada (pura) "diisi".


RESEPI ROTI PURI

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum*
1 sdt yis kering brand mauripan*
1 sdt gula*
3 sdb minyak masak*
1/ 2 sdt garam*
3/4 cawan air panas mendidih

PROSES PENYEDIAAN
Satukan semua bahan yang bertanda *..gaul hingga berderai.

masukkan air panas.. uli selama 3-5mnt. Bulat bulatkan sebesar bola pingpong.

peram selama 30minit dalam bekas bertutup. .

Panaskan minyak masak guna api sederhana perlahan. .bila minyak da panas..gelekkan doh tadi hingga nipis..  goreng satu satu dan curahkan minyak pada roti puri hingga kembung.siap toskan.


No comments:

Post a Comment