Rendang merupakan masakan daging
yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan
kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan
lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut,
ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakan bahagian daging
lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.
Rasa dagingnya lembut dan sedap.
Rendang amat terkenal dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan
seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti
tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa
selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya
RESEPI
RENDANG ARNAB
BAHAN-BAHAN
1ekor arnab
1 sudu besar kunyit serbuk
2 sudu besar serbuk cili
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 in halia
1in lengkuas
1/2 biji kelapa dijadi kan kerisik
2 batang serai
1 biji kelapa-ambil 2 mangkuk santan pekat
1 senduk minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
Arnab di potong dan dibersihkan, .Bawang merah,bawang
putih,halia,lengkuas ditumbuk halus. Serai dititik
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk
hingga wangi dan barulah dimasukkan daging dan garam secukup rasa
Kemudian masukkan pati santan. Kacau supaya semuanya sebati, dan
biarkan kuahnyamenjadi kering
No comments:
Post a Comment