Monday, April 02, 2018

RESEPI BEEF TERIYAKI


Teriyaki adalah cara memasak makanan Jepun yang dipanaskan atau dipanggang di atas kuali besi yang rata untuk memanggang dengan menggunakan sos teriyaki (tare). Sos teriyaki diperbuat daripada kicap (shōyu), sake untuk memasak, dan gula pasir dengan kadar

Perkataan teriyaki berasal dari perkataan teri yang bermaksud bersinar (kerana mengandungi gula), dan perkataan yaki iaitu dibakar atau dipanggang. Sewaktu sedang membuat teriyaki, bahan-bahan makanan yang akan dipanggang dicelup dan diperap dengan sos teriyaki buat beberapa kali hingga betul-betul masak. Di Jepun, bahan yang banyak dipakai dalam masakan teriyaki adalah ikan yang yang banyak daging (tongkol, makarel, trout, marlin), sedangkan di luar Jepun digunakan berbagai jenis daging (ayam, lembu, babi), atau sotong ataupun bahan daripada ubi konnyaku

RESEPI BEEF TERIYAKI
BAHAN-BAHAN
Daging (potong dadu besar sikit)
Kobis (potong ikut suka)
Lobak merah (potong ikut suka)
Bawang merah besar (potong ikut suka)
Bawang putih ( Ketuk je)
Cili api 3 4 batang
Halia 1 inci (hiris)
Sos blackpepper
Minyak masak
Air 1/2 cawan

PROSES PENYEDIAAN
Daging yang dibasuh bersih masukkan dalam kuali biarkan sampai air daging kering.

Air daging dah kering masukkan minyak 1/2 cawan dan halia, goreng sebentar.

Agak agak daging luar dah pucat masak sedikit masukkan bawang merah,bawang putih dan cili api goreng biar sampai bawang layu sedikit.

Bawang dah layu masukkan sos blackpepper agak agak tengok pada kuantiti daging dan kepedasan yang korang nak. Masukkan air 1/2 cawan tadi untuk memasakkan daging supaya sos meresap dengan baik.


No comments:

Post a Comment