Kuih jemput-jemput atau juga
dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang
digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput atau
cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali
sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika
diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan
menggunakan ukuran sudu.
RESEPI
CUCUR DURIAN DELITE
BAHAN-BAHAN
5 ulas durian - diambil isinya
90 gm tepung berserbuk penaik
¼ sudu kecil garam
70 ml susu segar
1 butir telur
Minyak untuk menggoreng
PROSES PENYEDIAAN
Campurkan tepung, garam, susu, telur dan kacau rata.
Masukkan durian dan kacau rata.
Panaskan minyak dan masukkan sesudu adunan ke dalam minyak
sederhana panas. Tos minyak.
Hidang gorengan dengan minuman panas.
No comments:
Post a Comment