Monday, April 02, 2018

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP

Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.
BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung

BAHAN DIKISAR
  • 2 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi

BAHAN TUMIS
  • Halia (dihiris nipis)
  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  • Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  • Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment