Monday, April 02, 2018

RESEPI PAJERI NENAS


Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik

RESEPI PAJERI NENAS

BAHAN BAHAN
Nenas
Rempah ratus 4 sekawan
Santan
Serbuk kari
Kerisik
Lada kering kisar

BAHAN DIKISAR
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak masak.

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau dan garing.

Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan lada kisar. Tumis sehingga garing.

Masukkan serbuk kari dan kerisik. Tumis sehingga kari masak.

Masukkan santan dan nenas. Masak sehingga kuah sedikit pekat.

Masukkan gula dan garam secukupnye. Jika kuah rasa masam masam manis, kire dah cukup rasa.


No comments:

Post a Comment