Friday, November 02, 2018

RESEPI AYAM ROS

Ayam (Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011. Manusia membela ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya.
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam, potong 12
  • sedikit kunyit, untuk goreng ayam
  • sedikit garam, untuk goreng ayam
  • 1 helai daun pandan, dicarik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris memanjang
  • 1/2 tin(225g) sup tomato
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1/2 tin susu cair
  • 100 gram santan pekat
  • daun pudina

BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS:
  • 2 senduk besar minyak masak
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Bahan dibancuh menjadi pes:
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil kas kas
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu besar serbuk cili

Bahan Kisar A:
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih

BAHAN KISAR B:
  • 15 tangkai cili kering1
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato

BAHAN KISAR C:
  • 100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus

Cara Penyediaan:
  • Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan dan bawang besar. Tumisg sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan pula bahan kisar B dan diikuti bahan kisar C. Masukkan tomato sup, tomato puri dan susu cair. Masak di atas api perlahan dan kacau supaya tidak hangus di bawah.
  • Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan dan rempah masak sehingga pecah minyak.
  • Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng dan biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.
  • Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  • Angkat dan tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment