Tuesday, October 30, 2018

CARA-CARA UNTUK BUAT SARDIN SENDIRI

Pengetinan merupakan kaedah mengawet makanan yang mana kandungan makanan diproses lalu disimpan ketat di dalam bekas kedap udara. Pengetinan menawarkan hayat simpanan yang biasanya dari satu ke lima tahun, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu boleh jauh lebih lama. Produk bertin kering sejuk beku boleh kekal elok dimakan selama 30 tahun. Pada 1974, Persatuan Pemproses Makanan Kebangsaan Amerika Syarikat menguji sampel-sampel makanan bertin dari bangkai bot api Bertrand yang karam di Sungai Missouri pada 1865. Sungguhpun rupa, bau dan kandungan vitaminnya sudah banyak merosot, tetapi langsung tiadanya kesan pertumbuhan mikrob, maka makanan yang berusia 109 tahun itu ditentukan masih selamat untuk dimakan


CARA-CARA UNTUK BUAT SARDIN SENDIRI

BAHAN BAHAN
1 labu bwg bsr
1 labu bwg bombay (kuning)
3 ulas bwg putih
4 sdm sos cili
4 sdm cili kisar
1 tin tomato puri
2 keping asam keping
3 sdm tpg jagung d bancuh dgn sedikit air
1 kg ikan sardin segar/basah di buang kepala n isi perut basuh n toskan
Garam/Gula
** semua bawang di potong dadu

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang yg du dadu hingga kekuningkan

Masukan sos cili, cili kisar, tomato puri, asam keping goreng hingga pecah minyak

Masukan air ikut byk ikan agak ikan tengelam ( lebih air sbb nk bagi kuah mereneh lama dlm periuk)

Perasakankan kuah secukup rasa , masukan bancuhan tepung jagung

Tutup periuk dan biarkan ikan masak dan kuah mereneh ( resepi asal biarkan dlm 1 jam, jika ikan tidak banyak cuma dlm 30 minit sahaja). Jika kuah agak pekat bolah lah tutup api.

Sejukkan dan boleh masuk dlm bekas tupperwere kedap udara untuk simpanan lebih lama.

Juga blh disimpan dlm peti ais dan apabila nak masak hanya panaskan dan boleh tumis bersama bawang besar yang dihiris gelang, cili besar, tomato dan masukan sardin homemade... siap.

No comments:

Post a Comment