Thursday, November 01, 2018

RESEPI MEE SIPUT BERKUAH KARI

Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "" kerana makanan ini juga berasal dari China.

RESEPI MEE SIPUT BERKUAH KARI
BAHAN-BAHAN:

8 keping mee siput kering - celur sebentar dalam air mendidih dan toskan
1 batang karot - dihiris serong
1/2 biji kobis manis beijing (yg kecil) - dihiris
2 batang cili merah - dihiris
8 keping nugget ayam tempura - dipotong dadu
2 labu kecil bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
3 sudu makan serbuk kari - dicampur sedikit air jadikan pes
1/2 cawan tomato sos
6-7 cawan air
2 kiub ayam knorr
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN SAMPINGAN:
2 biji telur - dibuat telur dadar
2 biji tomato segar - dipotong baji

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bawang besar hiris dan bawang putih hiris hingga layu dan berbau harum. Masukkan pula serbuk kari yang telah dijadikan pes tumislah sehingga agak mengaring masukkan sos tomato pula diikuti dengan nugget ayam.

Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Bila kuah dah mendidih masukkan pula mee siput yang telah dicelur dan ditoskan. lepas itu masukkan pula sayuran.

Masukkan kiub ayam knorr diikuti dengan sedikit garam dan rasan kesesuaian rasanya.

Hidangkan panas2 dengan ditabur bawang goreng, makan dengan tomato buah dan telur dadar.

No comments:

Post a Comment