Monday, October 29, 2018

RESEPI RENDANG DAGING CILI HIJAU

Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya lembut dan sedap. Rendang amat terkenal dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya

RESEPI RENDANG DAGING CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN

1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 btng serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu

BAHAN KISAR
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
5 tangkai cili hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

CARA MEMASAKNYA
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.

Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.

Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.

Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.

No comments:

Post a Comment