Saturday, December 16, 2017

BELANGKAS MASAK SAMBAL

BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

RESEPI BELANGKAS MASAK SAMBAL

BAHAN BAHAN
500gm Belangkas paling elok ada telur - Dipotong 6 dan buang perut yg ada racun
1/2 biji bawang besar, potong nipis
1 batang serai, dititik
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk dikisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
1 biji bawang besar
20 Biji Cili padi dikisar

PROSES PENYEDIAAN
Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.

Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.Kemudian masukkan belangkas garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment