Friday, December 15, 2017

RESEPI PAPRIK SEAFOOD

PAPRIKA
Paprika merupakan sejenis rempah yang diperbuat daripada lada merah, iaitu sama ada daripada jenis lada kembung atau cili atau campuran kedua-duanya sekali. Paprika sering dikaitkan dengan Hungary kerana ia adalah rempah yang terkenal di dalam juadah di negara itu. Sepanyol dan Portugal memperkenalkan lada merah kepada Dunia Lama dari benua Amerika.[
Penggunaan paprika berkembang dari Iberia ke seluruh Afrika dan AsiaIa akhirnya sampai ke Eropah Tengah melalui kawasan Balkan yang berada di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah ketika itu. Walaupun kedatangan rempah ini ke kawasan Eropah Tengah bermula sejak permulaan penaklukan Uthmaniyyah, ia tidak menjadi terkenal di Hungary sehinggalah abad ke-19

RESEPI PAPRIK SEAFOOD
BAHAN BAHAN
400gm sotong dan udang 
sayur
1 ulas bawang holland
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 niji cili padi
daun limau purut
2 batang serai
kicap lemak jalen
sos tiram
sos cili
sos tomato sos ikan

PROSES PENYEDIAAN
Semua bahan bahan dimayang

Panaskan minyak dan masukkan serai, bawang putih & halia, Masukkan bawang holland bila dah layu sikit masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap
dan sos ikan

masa ni boleh sebatikan rasa. masukkan cili padi dan daun limau purut. bagi yang tak tahan pedas macam mamamai cili tu jangan dipecahkan. masukkan sotong dan udang, masukkan sayur

kalau masak seafood jangan masak terlalu lama ya.









No comments:

Post a Comment