Saturday, December 16, 2017

TELUR MASIN MASAK LEMAK


BAHAN BAHAN
5 biji telur itik Masin
5 cawan santan
2 batang serai 
1 helai daun kunyit
Garam 

BAHAN DITUMBUK
15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan  santan bersama bahan ditumbuk ke dalam periuk. Masak sehingga kuah santan mendidih.Masukkan daun kunyit dan serai.

Pecahkan telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk satu persatu. Perlahankan api dan tutup periuk. 

Kacau semula selepas 4 minit secara perlahan2 dan pastikan telur tidak melekat didasar periuk.  Perasakan dengan garam dan bila telur dah cukup masak,padam api.

No comments:

Post a Comment