Saturday, December 16, 2017

RESEPI BELANGKAS MASAK PEDAS

BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan

RESEPI BELANGKAS MASAK PEDAS


BAHAN BAHAN
Seekor atau 500gm Belangkas yang bertelur 
4 Sudu besar Sos tiram
Sos cili secukupnya
Kicap manis secukupnya
Daun limau 2 helai
Daun salam 2 helai
Tomato dihiris
Daun bawang
Garam

BAHAN TUMIS
5 biji bawang Merah
4 biji Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
20 biji Cili padi merah dihiris

PROSES PENYEDIAAN
Bakar Belangkas terlebih dahulu sehingga setengah masak lepas tu beesihkan dan potong 6 atau 8 .Tumis bahan tumisan hinga naik bau.

Masukkan belangkas  & air.Kemudian tutup. Setelah itu masukkan sos cili,tiram,kicap n garam.gaul rata

Masukkan cili hiris,daun bawang & tomato. Masak sampai semua sebati. hidangkan


No comments:

Post a Comment