Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
- 1 kg kerang basuh bersih
- 20 biji cili api
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai (dititik)
- sedikit asam keping/ air asam jawa
- 100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh)
PROSES PENYEDIAAN
- Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai
- Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga kerang.
- Jangan lupa masukkan asam keping.
- Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
- Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga kulit kerang mula terbuka boleh lah tutup kan api.
No comments:
Post a Comment