IKAN KERAPU
Ikan Kerapu atau nama saintifiknya
Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin.
Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan
tebal dengan bonggol di bahagian kepala. Ia mempunyai warna merah kepada kuning
bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia
mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm.
Spesies (benthic) tinggal di kawasan
terumbu karang dan air tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman
antara 30 m hingga 100 m.
IKAN KERAPU MASAK TIGA RASA
BAHAN BAHAN
Seekor ikan kerapu berat 300gm
3 biji bawang putih - dicincang halus
6 biji bawang merah - dicincang halus
6 biji cili merah - dicincang halus
15 Biji cili Api -
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak
PROSES PENYEDIAAN
Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh dan tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang dan goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi dan goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa dan tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment