IKAN BILIS
Ikan bilis merupakan ahli keluarga
(Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera
Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis
ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada
badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang
kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan
herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.
RESEPI IKAN BILIS MASAK ASAM
BAHAN BAHAN
Ikan bilis (buang kepala, cuci sebentar dan toskan)
Bawang besar (dihiris)
Cili Padi (diketuk) - boleh juga guna cili besar yang dipotong memanjang.
Air asam jawa.
Garam
Minyak untuk menggoreng.
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak (Jangan terlalu banyak) Goreng Ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar dan cili sehingga naik bau / layu. Masukkan air asam jawa. Biarkan menggelegak. Perasakan dengan garam.
Masukkan ikan bilis tadi dan segera tutup api. Gaul ikan bilis sehingga sebati. Angkat dan siap dihidang
No comments:
Post a Comment