Saturday, December 16, 2017

RESEPI BELANGKAS MASAK LEMAK CILI API

BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

RESEPI BELANGKAS MASAK LEMAK CILI API

BAHAN BAHAN
500gm atau 1 ekor belangkas yg telah dibersihkan dan potong 6
20 biji cili api 
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
sedikit asam keping/ air asam jawa
100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh) 

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai

Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga Belangkas . Jangan lupa masukkan asam keping.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa

Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga lokan masak boleh lah tutup kan api.

No comments:

Post a Comment