AYAM KAMPUNG
Ayam kampung adalah
istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas.
Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan
perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus
adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah
Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range
chicken) atau ayam organik (organic chicken).
AYAM KAMPUNG MASAK UNGKEP
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam kampung - dipotong
ikut suka
BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
15 tangkai cili padi
BAHAN TUMIS
Halia dihiris
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Ayam dibersihkan dan digaul
dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang
dihiris nipis sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang
dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan
sebentar lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan air, serai yang telah
diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk
mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan
sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment