Friday, December 15, 2017

RESEPI AYAM MASAK KARI MUDA

AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.

Ayam pedaging juga dipelihara hingga matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah satu haiwan ternakan yang paling umum

RESEPI AYAM MASAK KARI MUDA

BAHAN BAHAN
500gm Daging Ayam
1 Biji ubi Kentang 
1 Ulas bawang besar 
4 ulas bawang putih
1 keping kasam keping
Santan Kotak separuh kotak 
5 sudu besar Rempah kari Ayam/Daging
Kayu manis, bunga lawang dan pelage dua tiga bijik (macam pic bawah ni)
1 inci Halia
daun kari setangkai
Air, Minyak Gula & Garam

PROSES PENYEDIAAN
Sediakan Periuk masukkan minyak 3-4 sudu gitu pastu tumis bahan-bahan dlm pingan tu bwang,  halia, bunga lawing, pelage, kayu manis.

Pastu bila tumisan agak berbau masukkan rempah kari dan kacau kari tu bersama bahan-bahan di atas api (api perlahan sket ye nanti hangit plak rempah tu jadik pahit huhu)  masuk air sikit supaya rempah tu mesra bersama &  kacau rempah sampai naik minyak .

Masukkan Ayam plak & gaul-gaulkan ayam tuh dalam kari yang pekat tuh pastu baru tambah air lagi biarkan ayam seketika baru masukkan kentang & daun kari dan biarkan mendidih

Masukkan santan..leh tambah air kalau nak lebih pekat.. pastu masukkan asam keping , gula dan garam biarkan memasak sampai mendidih dan naik minyak…


No comments:

Post a Comment