SUP
Sup adalah makanan
cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk),
yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan
stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan
pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk
air rebusan atau kaldu.
Secara tradisinya,
sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan sup pekat.
Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup pekat
dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah sup
sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau
sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel; dan
veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang
biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur,nasi, lentil,
tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.
RESEPI SUP SUHUN DAN KENTANG
BAHAN BAHAN
1 biji kentang - kupas dan potong
kecil
kayu manis, bunga lawang, buah
pelaga
ikan bilis
bawang besar - hiris
bawang putih - hiris
garam secukup rasa
cili merah - hiris serong
minyak untuk menumis
air secukupnya
rendam lembut
su'un
tauhu kering
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam periuk.
Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan hiris (kecuali cili merah) dan ikan bilis, goreng hingga
kekuningan. Masukkan air dan kentang. Biarkan mendidih dan kentang separuh
masak.
Masukkan cili merah, su'un dan
tauhu kering, biarkan mereneh sebentar sebelum di hidang.
No comments:
Post a Comment