Friday, December 15, 2017

RESEPI SIPUT BULUH@PEPAHAT MASAK CILI

Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"' 

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
BAHAN BAHAN
  • 1 kilo pepahat (di rendam untuk membuang pasir)
  • 6 biji cili merah
  • 20  biji cili api
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 2 batang serai di titik
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 keping asam
  • garam 
  • gula

PROSES PENYEDIAAN
  • Kisar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih dan halia. panaskan kuali, letak minyak
  • Tumis cili yang telah di kisar sehingga garing. Masuk kan asam keping. Masuk kan serai yang telah di titikdan Masukan pepahat
  • Masak sehingga pepahat kecut sedikit. Tak perlu tambah air kerana pepahat mengeluarkan air

No comments:

Post a Comment