Friday, December 15, 2017

RESEPI SIPUT BULUH SOS TIRAM


Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"' 

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

RESEPI SIPUT BULUH MASAK SOS TIRAM

BAHAN BAHAN 
1kg siput buluh  dibersihkan
2 ulas bawang putih - potong nipis panjang *
2 Ulas Bawang Merah*
1 inci halia - potong nipis panjang *
4 tangkai cili kering - kerat, buang biji *
2-3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit kicap
secubit gula 
Minyak Masak

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan bertanda * dan tumis sekejap biar naik bau. dan pecah minyak.

Masukkan siput buluh, sos dan kacau balik biar sebati, masukkan sedikit air dan tutup kuali sekejap , masak sambil dibalik sekali sekala biar siput buluh masak/terbuka kulit, padamkan api.



No comments:

Post a Comment