Kerang merupakan nama
sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak
dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti
hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah
sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga
bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk
membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan
kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan
keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu
meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah
hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
- 1 kg Kerang
- 4 Sudu besar Sos tiram
- Sos cili secukupnya
- Kicap manis secukupnya
- Daun limau 2 helai
- Daun salam 2 helai
- Tomato dihiris
- Daun bawang
- Garam
BAHAN TUMIS
- 5 biji bawang Merah
- 4 biji Bawang Putih
- 1 inci Halia
- 1/2 inci Lengkuas
- 20 biji Cili padi merah dihiris
PROSES PENYEDIAAN
- Bersihkan kerang & tos dan umis bahan tumisan hinga naik bau.
- Masukkan kerang & air.Kemudian tutup. Setelah itu masukkan sos cili,tiram,kicap n garam.gaul rata
- Masukkan cili hiris,daun bawang & tomato. Masak sampai semua sebati. hidangkan
No comments:
Post a Comment