Friday, December 15, 2017

RESEPI KARI AYAM KAMPUNG

AYAM KAMPUNG
Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).


RESEPI KARI AYAM KAMPUNG
BAHAN BAHAN
1 kg Ayam Kampung
50 gm Rempah Kari Daging 
3 sudu besar Cili Mesin 
2 biji buah Tomato 
300 ml Santan Pekat
4 biji Ubi Kentang dibelah 4
Minyak untuk Menumis 
Air Secukupnya 
3 helai Daun Pandan 4disiat siatkan
2-3 tangkai Daun Kari
2 batang Cili Hijau
Sedikit Kulit Kayu Manis dan Bunga Lawang 

BAHAN DIHIRIS NIPIS
1 biji Bawang Besar 
5-6 ulas Bawang Merah 
3 ulas Bawang Putih 
2 inci Halia 
Garam Secukup Rasa

PROSES PENYEDIAAN

Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan.  Panaskan minyak dan dalam periuk yang bersesuaian. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang dan semua bahan yang dihiris hingga keperangan dan naik bau. Masukkan juga daun kari dan daun pandan. 

Bancuhkan rempah kari, cili mesin, sedikit santan cair dan sedikit garam menjadi pes. Kemudian tumis atau goreng hingga garing, pecah minyak dan naik bau. Guna api kecil jer supaya rempah tu masak sempurna dan tidak hangit. 

Bila rempah dah cukup masak, masukkan ayam tadi dan biarkan dikecutkan atau dimasak sebentar dengan rempah tu tadi. Masukkan juga buah tomato yang dibelah belah untuk mendapatkan rasa juicy sikit. Dikacau selalu supaya tidak melekat atau hangit di bahagian bawah periuk.  Selepas itu baru dimasukkan air atau santan cair dan masak hingga ayam tu empuk dan lembut.

Bila sudah betul betul empuk bolehlah dimasukkan ubi kentang dan santan pekat. Perisakan dengan garam secukup rasa. Jika suka lebih masam boleh ditambahkan lagi buah tomato. Boleh juga dipatah patahkan beberapa batang cili hijau ke dalam kuah jika suka. 



No comments:

Post a Comment