UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong
dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang
halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang
udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia =
"insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi
Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus,
udang karang, ketam, dan sebagainya
Udang boleh didapati
di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar
diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak
di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.
UDANG MASAK BERLADA TOMATO
BAHAN BAHAN
10 ekor udang kuning saiz L,
bersihkan dan gaul sedikit garam kunyit, kemudian digoreng sebentar.
1/2 biji bawang besar, dipotong
bulat
1/2 biji lada hidup,
dihiris-hiris
1 biji tomato, dibelah 6
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1 biji perahan limau kasturi
2 biji bawang putih, dihiris
halus
Daun salad dan timun untuk hiasan
BAHAN KISAR
10 biji cili padi
3 biji lada merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumiskan
bawang putih yang dihiris hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan kisar dan
tumis hingga garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang yang telah
digoreng, air limau kasturi dan hirisan bawang besar, lada hidup dan tomato.
Kacau rata dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment