Friday, December 15, 2017

RESEPI SIPUT BULUH MASAK SAMBAL


SIPUT BULUH
Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"' 

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

RESEPI SIPUT BULUH MASAK SAMBAL

BAHAN BAHAN
5 cili kering
3 bawang merah
1 bawang putih
1 batang serai
400gm siput buluh  yang telah dibersihkan

PROSES PENYEDIAAN
Kisar semua bahan di atas kecuali serai. Tumis bahan kisar hingga bahan wangi dan garing.  Masukkan garam, gula dan sos tiram.

Masukkan siput buluh  dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment