IKAN SIAKAP
Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan
ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.
Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai,
dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga
udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Siakap muda makan
zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan
kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan
jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan
banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya,
yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik
turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas
sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar
adalah betina.
RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA
BAHAN BAHAN
1 ekor Ikan siakap berat 500gm
-siang dan goreng
halia 1 cm-hiris
2 batang - ketuk
2 Ulas bawang - Tumbuk
3 ulas bawang merah -tumbuk
1biji tomato - potong dadu
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
sedikit kicap manis secukup rasa
sedikit air
sedikit air asam jawa
minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumis bawang
putih dan bawang merah dan halia. masukan sos tiram,sos cili dan kicap serta
air
Masukan tomato dan air asam
limau. masukkan serai dan biar mendidih dan agak pekat.adjust .kalau terlau
pekat,tambah sikit air.
Akhir sekali tuang kan ke atas
ikan. taburkan dengan hirisan daun sup/daun bawang dan hirisan cili besar utk
hiasan.
No comments:
Post a Comment