Friday, December 15, 2017

SIPUT BULUH MASAK KARI KERING

Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"'  Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
BAHAN BAHAN
  • 400 gm isi siput buluh (dibersihkan)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan 
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. 
  • Tumis daun kari bersama bahan bahan kisar hingga kering.Masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan siput buluh dan sedikit air. 
  • Kacau rata2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak.

No comments:

Post a Comment