Saturday, December 16, 2017

RESEPI BELANGKAS MASAK TUMIS

BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

RESEPI BELANGKAS MASAK TUMIS

BAHAN BAHAN
500 gm atau seekor belangkas.
15 biji cili padi - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 batang serai - titik
3 helai daun limau purut
1 sudu makan kicap cair
sedikit air asam jawa 
garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Bakar dahulu belangkas dan apabila dah masak ambil telur dan isi belangkas shj.

Tumis bahan tumbuk, serai dan daun limau purut hingga terbit baunya. Masukan belangkas yang telah siap tadi Kemudian masukkan air asam jawa, air, kicap cair dan siput. Kacau rata dan akhir sekali... perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap... bolehlah dihidangkan ketika masih panas.


No comments:

Post a Comment